Saturday, March 14, 2015

Kisah S.A

Sendalu S.A,

Sahabat ku S.A.

Tabahlah sahabatku S.A kerana ketika ini ujian Allah telah menimpamu.
Kuatkan semangatmu demi meneruskan perjuangan hidup ini.
Aku tahu sahabatku , kau manusia hebat kerana aku masih ingat ketika kita bersama-sama
menempuhi cabaran kerja di dalam hutan belantara untuk mencari sesuap nasi.
Semangatmu yang kuat itu tidak pernah aku dengar rungutan di hujung bibirmu.
Segalanya kau redahi walaupun kali pertama kita hadapinya.

Kuatkan semangatmu sahabatku kerana ku lihat dari mata anak-anak dan isterimu , mereka masih memerlukan kau sahabatku menghadapi cabaran hidup ini.

Tiada yang mustahil dalam dunia ini dengan izinnya jua.

Mohon pertolongan dariNya sahabatku.

Insyallah ada sinar di hujung jalan mu.

Aku doakan semoga ALLAh beri kekuatan dan semangat kuat kepadamu.

Amin ya rabbal alamin...

16/3/2015
HKL

Friday, August 13, 2010

Keje baru.. kawan baru.. tempat baru...

Semenjak kehadiran anak dalam hidup aku.. banyak perkara telah berubah ..akhirnya aku dapat memenuhi impian dan cita-cita aku untuk menjadi seorang "Jurutera" ... ini baru permulaan banyak lagi halangan yg patut aku tempuhi untuk menjadi seorang jurutera yang hebat... insyallah.. aku akan cuba...

Aku teringat pesanan arwah abah... Dia suruh aku amik degree cepat2.. supaya cepat jadi jurutera katanya.. kalau boleh jangan jadi cikgu macam die.. masa tu kelulusan yang boleh memohon diploma... jadi aku kene ikut jalan jauh untuk sampai ke tahap degree... akhirnya... " Abah... ese dah dapek jadi engineer "

sekarang aku telah dikelilingi org kawan2 yg baru dan ceria... seronok aku lihat telatah kawan2 opis aku nie.... senda gurau menceriakan suasana ... harap mereka sentiasa ceria dan bahagia...

Siapa sangka aku boleh duduk kat rumah banglo nie.. rezeki anak katakan... walaupun sementara.. dapat juga merasa... akhirnya...

Wednesday, August 4, 2010

Thursday, June 3, 2010

Oh Palestin.....

Kisah Palestin telah aku dengar dari aku masih sekolah lagi... kisah kerakusan dan kezaliman puak zionis ini memang terkenal seentero dunia... Kisah kezaliman puak zionis ini kembali berkumandang apabila puak-puak ini telah menawan kapal membawa bantuan kemanusiaan dan membunuh beberapa orang yang bergerak dalam panji bantuan kemanusiaan... Persoalannya... adakah wajar kita berunding dengan pihak zionis untuk mendapatkan kemerdekaan?? sudah terbukti mereka tidak mempunyai hati dan perasaan ... Ayuh... bertindak dengan pihak HAMAS ... gempur pihak zionis... AYUH....!!!

Apa sumbangan anda...??? fikir-fikirkan...

Tuesday, March 2, 2010

Kerja...

Kerja ke tak...? cari kerja lain ke.. ? tunggu ke ..? aduhai.... camne nie???

Monday, February 8, 2010

Sendalu Arsenal 2

Sakit hati betui aku semenjak dua menjak nie.. mane tak tensen asyik kalah je.. nasib malang betui la.. nak abis season je mesti key player cedera... kali nie langsung tak de penyerang.. ade ke main bola tak de penyerang ? sape nak score gol? manager ? aduyai.. simpan duit banyak2 sket en.manager ... beli penyerang banyak2..


reaksi setelah kalah ngan M.U. dan Chelsea....

Saturday, February 6, 2010

Integriti

Integriti sebenarnya berasal dari istilah bahasa Inggeris yang membawa erti keutuhan dari semua segi yang baik. Dalam bahasa Melayu, ia biasanya menjurus kearah perwatakan seseorang. Maksud integriti mengikut Kamus Dwibahasa DBP, 1985, ialah kejujuran dan ketulusan; kesempurnaan; keutuhan.
Dari maksud yang didapati dari Kamus di atas, integriti adalah sifat jati diri yang merangkumi juga keikhlasan, keterbukaan, ketelusan, amanah, benar, berpegang kepada prinsip, tidak mudah dipengaruhi, boleh dipercayai, boleh pegang cakapnya, dll.

Cuba periksa diri kita... adakah kita ade integriti tersebut ?

Kesan dari bahan bacaan dari Utusan Malaysia...