Saturday, March 14, 2015

Kisah S.A

Sendalu S.A,

Sahabat ku S.A.

Tabahlah sahabatku S.A kerana ketika ini ujian Allah telah menimpamu.
Kuatkan semangatmu demi meneruskan perjuangan hidup ini.
Aku tahu sahabatku , kau manusia hebat kerana aku masih ingat ketika kita bersama-sama
menempuhi cabaran kerja di dalam hutan belantara untuk mencari sesuap nasi.
Semangatmu yang kuat itu tidak pernah aku dengar rungutan di hujung bibirmu.
Segalanya kau redahi walaupun kali pertama kita hadapinya.

Kuatkan semangatmu sahabatku kerana ku lihat dari mata anak-anak dan isterimu , mereka masih memerlukan kau sahabatku menghadapi cabaran hidup ini.

Tiada yang mustahil dalam dunia ini dengan izinnya jua.

Mohon pertolongan dariNya sahabatku.

Insyallah ada sinar di hujung jalan mu.

Aku doakan semoga ALLAh beri kekuatan dan semangat kuat kepadamu.

Amin ya rabbal alamin...

16/3/2015
HKL